cuteduck75

Welcome …

Aku Cinta Pada Mu…

Filed under: Dedicated SoNgS... — cuteduck75 at 8:02 pm on Thursday, May 31, 2007

Malam yang romantis ini
‘tuk kau dan aku
Tetapi di kau seakan air
Yang membeku
Ku masih melihat ragu
Di matamu
Haruskah lidahku berikrar lagi
Untuk yang keseribu kali

( korus )
Aku cinta padamu… sungguh
Aku cinta padamu… sungguh
Mestikah ku ucapi
Dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu
Kasih…

Sesungguhnya dikau tak sabar
Bila berkata
Begitu banyaknya cabaran
Yang telah mengoda
Tetapi hingga saat ini
Daku bertahan
Masihkah kau mengerti
Masihkah kau tak tahu

Aku cinta padamu… sungguh
Aku cinta padamu… sungguh
Mestikah ku ucapi
Dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu
Cinta padamu…

Uhh… Mmmmmm…

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Filed under: Article / InFo — cuteduck75 at 2:13 am on Tuesday, May 29, 2007

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya

pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang

menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar

dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik

sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak

berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa

yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang

juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput

di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang

lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang

berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang

berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang

rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.

Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik

maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik

tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya

tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang

saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang

semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa

dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi

yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di

depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi

kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak

lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang

itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan

tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan

paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik

dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak

boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka

sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sakura001

A very simple story but very profound message

Filed under: Article / InFo — cuteduck75 at 1:49 am on Tuesday, May 29, 2007

A group of alumni, highly established in their careers, got together to

visit their old university lecturer.  Conversation soon turned into

complaints about stress in work and life.

Offering his guests coffee, the lecturer went to the kitchen and returned

with a large pot of coffee and an assortment of cups: porcelain, plastic,

glass, some plain-looking and some expensive and exquisite, telling them to

help themselves to hot coffee.

When all the students had a cup of coffee in hand, the lecturer said: "If

you noticed, all the nice-looking, expensive cups were taken up, leaving

behind the plain and cheap ones. "While it is but normal for you to want

only the best for yourselves, that is the source of your problems and

stress."  What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you

consciously went for the better cups and are eyeing each other’s cups."

"Now, if life is coffee, then the jobs, money and position in society are

the cups.  They are just tools to hold and contain Life, but the quality of

Life doesn’t change.  Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail

to enjoy the coffee in it."

Don’t let the cups drive you… enjoy the coffee instead.

Att60635

‘Kelong’ Part 2

Filed under: Travel — cuteduck75 at 9:44 pm on Monday, May 28, 2007

ok kita sambung semula cerita di kelong…setelah sampai di atas kelong tu yang lelaki siap kan pancing dan umpan..aku dan member ku apa lagi…jalan keliling kelong nak tengok keadaan nya macam mane..kita orang pun cari la tandas yg di kata kan oleh ketua penganjur ni…jeng jeng jeng…alamak ni ke tandas nya? aku tengok member aku..dia pandang aku balik..emmmm jawapan nya..memang aku tak pergi tandas la untuk malam ini dan keesokan pagi…aku dan member ku rasa macam nak campak je ketua penganjur ni ke laut..bukan main lagi bercerita …tapi x de la kami campak betul ke laut..cuma geram je cerita ya ya je..ada di sedia kan tandas..sekali tengok..tandas tu memang ada pintu kecil tapi lubang pembuangan nya terus ke laut…emmmm elok sangat la tu…kite yg dok atas ni mancing ikan kat bawah tu…tah tah ikan tu dah makan segala sisa toksin buangan…apa lagi aku dan ikan pun tak pegi la ke tandas utk mlm itu dan keesokan pagi nya….

2332509716

bilik ada 4 atas kelong tu…tapi kecil je la..perempuan semua satu bilik…bilik berada di kawasan tengah2 kelong..jadi setelah semua pancing dan umpan siap ….mereka ni pun bersiap sedia la utk memancing..aku tengok mcm2 umpan diaorg ni bawa….sementara tu linebusy(bukan nama sebenar) dah siap kan pancing utk aku …tapi dia suruh aku pegang je…kalau aku nak pancing sendiri..die suruh pancing ngan si IKAN tu…emmm boleh la…aku pun tak tau sgt…so linebusy dan member2 yg lain ajar la macam mane nak baling pancing tu dan cara2 nya …aku pun cuba la …dan selepas itu tunggu le sampai kena umpan tu…cuba sekali ok lepas…cheh terror nampak..

Kelong_5 bila malam tiba…makanan pun sampai…ketua penganjur telah pun order nasi goreng ikan masin dan teh tarik bungkus untuk setiap seorang…so pada malam tu makanan telah di hantar ke kelong kami..jadi masing2 ambil la makanan yg disediakan…aku dan geng ku pun ambil makanan…emmm best jgk makan kat atas ni yek….pada waktu malam angin bertiup sepoi sepoi bahasa….hanya kedengaran bunyi ombak…sejuk la jgk bila tiba waktu malam…tapi kelong kami ni bising…ada la pulak orang tu siap bawa radio kecik lagi…emmm jawab nya memang ikan semua lari la…mana tak nya bising tol…

Kelong_6 tapi yang pasti..di atas tu ada line dan anta sms lepas tu….bak kata iklan celcom tu..ini wilayah Celcom…aku dan ikan suka mengelilingi kelong tu..tengok orang lain nyer pacing mana tau ada yg dapat ikan..tapi nampak gaya nya sorang pun tak dapat ikan lagi…ada pun waktu petang tadi dpt la ikan tapi sekali angkat anak ikan..kecik je..rasa nya ikan sardin dalam tin tu lagi besar….tengah la aku dok keliling kelong ni ada pulak 2,3 orang panggil aku ..dia tanya aku..macam mana boleh lepas ni pergi sini? haaaa….ooooo aku pun senyum je la……dalam hati ku berkata.."tanya sekali dapat pergi..jgn di tanya tuk kali kedua nanti tukar fikiran lak"…hihihihih…

macam-macam gelagat aku tengok rakan sepejabat ku ni…kalau di opis tak tegur serios je kat sini ok ..semua nya jadi ramah..haaa nak di jadi kan cerita ada la orang yg bertemu jodoh di kelong ni..

Kelong1 cerita nya rakan ku tengah dok memancing tapi mamat sebelah dia ni baling la pancing tapi macam tersangkut pada rambut dia tak silap aku..pastu yg mamat ni dah panik tolong la nak leraikan mata kail yg tersangkut tu..rakan ku memang dah panik..sejak kejadian di kelong tu la mereka berdua rapat setelah kembali ke pejabat..tapi kami semua tak tau depa dok bercinta rupa nya..tau tau dpt kad jemputan kahwin…

…malam menjelang pukul 12.00 mlm ikan masih tak dapat lagi…so untuk menghilang kan boring,ngatuk dan tension si tembam telah membuatkan kopi kaw utk kita org semua…

Kelong_3

menjelang pukul 3 pagi masih tak de ikan..aku dan ikan pun dah mengatuk..aku tengok linebusy ya ya je melayan pancing tu dgn harapan dapat ikan….pada pukul 4 pagi aku dan ikan pun masuk tido..tak boleh nak buka mata lagi…

3791176819 menjelang keesokan pagi nya ..kami bangun awal nak bersiap untuk pulang…bersih kan diri dan tukar pakaian…nasib la ketua ni bawa banyak air utk keperluan..ada la beberapa tong..cukup la untuk basuh muka..gosok gigi…menjelang pagi dalam pukul 8 pagi pun masih tak ada ikan yg di perolehi…ada la salah sorang tu kata " duit utk sewa kelong ni kalau beli ikan kat pasar dpt banyak tu" …aku nak tergelak pun ada..

Kelong_4

bagi aku tak kisah sgt walaupun geram jgk tak dapat ikan..aku cuma mahu nenimba pengalaman memancing di kelong..macam mana suasana nya…kenapa ada segelintir orang begitu minat pergi memancing…mungkin jugak satu kepuasan bila dah tunggu lama dgn sabar nya akhir nya dapat jugak ikan…tak heran la ada orang yg sanggup tunggu berhari-hari ..tanpa tahu erti jemu..mungkin jika dapat ikan ada suatu kepuasan yg di rasai..ia jugak menguji kesabaran diri untuk tetap bersabar dan menanti jika ingin perolehi tangkapan yg besar…walaupun aku ni tak tahu langsung pasal memancing ni..tapi pengalaman ku di kelong ini merupakan pengalaman yg manis..

4176463937_1 

kelong part 1

Filed under: Travel — cuteduck75 at 3:17 am on Friday, May 25, 2007

emmmm di suatu petang …aku mengemas meja ku ….sekali terjumpe la gambar lama …nostalgia memancing di kelong…pada ketika itu aku masih berkerja di PJ sebelum berpindah ke KL..so di pejabat aku ada la rakan sepejabat ku yg menganjurkan pergi memancing di kelong…mula2 tu lelaki sahaja yang pergi tapi pada saat akhir perlawaan di buka untuk kaum wanita…pada mula nya memang aku tak nak pergi..malas la nak pergi lagi pun aku ni tak tahu langsung pasal memancing ni..jangan kata nak memancing..camne nak pegang kail tu pun aku mana tau…

tapi di sebabkan dua sahabat baik ku pergi..dan mereka memaksa ku untuk pergi ..aku pun bersetuju la..ialah la kan bila lagi aku nak pergi aktiviti macam ni..so aku pun bersetuju oleh pelawaan "ikan" & "linebusy" bukan nama sebenar..hihihihi nama gelaran..sampai skrg nama sahabat ku ini melekat di panggil IKAN…so aku pun kata la kat dia..kecian geng2 awak nanti kena tangkap..die pun biasa la bab menjawab memang kalah aku di buat nya..dia kata "tak pe itik kan ada" emmm itu aku la tu..tetiba nama itik tu melekat pada aku..dah diaorg ni panggil aku "ITIK"…cerita hanya kerna seorang ni panggil aku itik aku pun masa tu termenyahut pulak panggilan nya..lepas tu biasa la dah melekat gelaran tu..tapi cuma teman yg rapat dgn ku sahaja yang tahu …

so sebelum pergi tu macam macam la si penganjur aktiviti ni bercerita..perempuan semua jgn risau..ada di sediakan tandas…emmm ya ke ..mana la aku tahu..tak pernah pergi memancing di kelong…

Kelong_8_1

so petang tu bertolak la kami semua ke kelong…tiba di jeti..kami menunggu bot yang akan menhantar kami ke kelong tu..cuak jugak aku bila tukang bawa bot tu kata 2 km dari darat kelong tu…mak aik..jauh nya..kalau lah roboh kelong tu macam mane? ..eeee suspen jgk aku..tapi ku turutkan jugak…kami pun naik la bot tu menuju ke kelong….masa dlm bot tu kecut jgk sebenarnya tapi wat dek je…

Kelong_7 bila dah sampai kelong tu..aku rasa seronok pulak..masa tu waktu matahari nak terbenam..cantik nya permandangan..so yg perempuan biasa la kan ambil gambar …posing sana posing sini…

Kelong_1 so bila sampai yang lelaki siap kan umpan dan pacing..aku ni tak tahu apa apa so tengok je la..bukan nya aku tau pun macam mane nak pasang..

CINTA

Filed under: Dedicated SoNgS... — cuteduck75 at 2:24 am on Friday, May 25, 2007

C.I.N.T.A..

Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yangg ku mau
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akan kah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati
Bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita
Akhirnya harus bahagia

Cinta
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagai manapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dengan ditinggalkan
Cinta…..

Copy_of_878250094

Filed under: P.O.E.M.S. — cuteduck75 at 2:18 am on Friday, May 25, 2007

Angin bayu menyapa ku

Bawa kan la rindu ni pada nya

Di kala kau menyapa nyer kirim kan lah rindu ini

Lalu hujan membasahi bumi

Setiap titisan itu adalah air mataku

Tumpah menyimbahi bumi

Resah Gelisah…Andai kau bukan milik ku

Impian setinggi gunung tak tercapai olehku

Aku disini menjadi penunggu setia

Hadirlah ia menerangi hidup ku ini

Nukilan : Aleeya Sofea

Penang..Part 2…

Filed under: Travel — cuteduck75 at 9:55 pm on Wednesday, May 23, 2007

ok bersambung citer di Penang..hari pertama pergi ‘night market’ beli banyak DVD itu pun semua nya member yang kirim, adik kirim dan mak ku kirim, dan jugak ayah ku kirim..banyak tu kena beli…macam-macam cerita …DVD Korean la …dan jugak DVD Series macam cerita House dan Rome…aku cuma minat tengok DVD Cartoon dan cerita Korean…so banyak la jugak aku beli DVD yang di pesan ni…last last bila balik hotel …tengok..eh …satu pun DVD untuk aku tak de…emmmm..yang ada pun aku beli kan untuk adek DVD cartoon..ok la at least ada jgk DVD utk aku tengok..

pada malam kedua pun sambung lagi pergi ‘night market’ ni..kali ni beli barang aku..hehehehe apa lagi borong beg la…tapi mamat bangla yg jual tu susah betul nak kasi turun harga…dpt la beli beg..itu pun tengok lagi DVD borong lagi cerita series..Small Ville,Prison Break,House dr season 1 - 3, Rome dan beberapa DVD korean…jalan la sampai pukul 12.00 mlm..

keesokan hari sebelum balik singgah di Botanica Garden..heheheh suka aku tengok ada banyak monyet kat situ..tapi nak ambil gambar aku takut sebenarnya ambil je la dari jauh..kang buat nya monyet tu kejar aku kang naya je…itu pun masa aku nak ambil gambar tu monyet tu macam nak pergi dekat je aku pun cabut cepat..nanti dia panggil geng susah lak…

P1010150

monyet ni tengah termenung jauh

P1010152_1 P1010154

P1010151 P1010149

sempat ambil gambar close up

lepas ambil gambar monyet ni terus balik …tak tahan panas sangat kat situ…mana tak nya pergi pukul 12.30 tengahari…memang panas la..lepas tu pergi makan dan bergerak menuju pulang ke Kuala Lumpur…aku pun dah masuk dalam kereta memang terus tidur je..tau tau dah sampai..

P1010143

Penang…part 1

Filed under: Travel — cuteduck75 at 2:37 am on Wednesday, May 23, 2007

what a boring day..today..dunno why..this is some of the photos that i have taken during my stay at Penang..not much photos has been taken…in the morning i was at the Sunway Lagoon theme park, Gapima Family Day..we have breakfast and at around 10.30am we started to drove to Penang..well the moment i enter in the car i was fallen asleep…zzzzzzzzzzz…when i wake up it’s already 12.30pm and has arrived at Ipoh…

P1010124  P1010128

P1010126 P1010125                   

Sunway Lagoon Wet Park

we reached Penang at about 2.00pm..check in at Holiday Villa Penang..

P1010135

Petang tu aku pun gi la berjalan-jalan di tepi pantai..aku memang suka tengok pantai..terasa shahdu dengan kebesaran yang maha esa pencipta segala alam ….

P1010137 kadang kala aku seperti melontarkan segala  kekusutan dan kesedihan ke laut itu….so sebelah mlm nya aku pergi ke ‘night market’ dari pukul 8 sampai la 12 mlm..sampai dah tutup gerai…pastu balik ke hotel…

Konsert AF5….

Filed under: AboUT Me..My SToRies... — cuteduck75 at 3:07 am on Monday, May 21, 2007

Hari Sabtu…19th May 2007…jam di dinding menunjuk kan dah pukul 5.00 petang..ting tong loceng di rumah ku berbunyi..oh rupanya sepupu ku dah pun sampai ke rumah ku..sebenarnya aku dan adek aku berserta sepupu ke akan berangkat ke stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan konsert akhir AF5…so aku pun bersiap sedia la utk pergi..mandi and bersiap ….setelah semua siap kami bertiga pun keluar la..dekat depan rumah tu sempat lagi kami berposing sakan sebelum ke stadium…lepas masing2 dah berposing ngan keta ayah ku tu..kami pun nak berangkat la..pastu sepupu ku kata "eh..baru pukul 6.00 petang tak awal sangat ke nak ke stadium ni..?" ..kita orang kata tak pe kite pergi makan dulu alas perut nanti pukul 1.00 pagi baru dpt makan..konsert start pukul 9.00 mlm..so kami bertiga pun berangkat la ke stadium Bukit Jalil…here i come Stadium Bukit Jalil..

Astro so kami bertiga tiba di stadium Bukit Jalil lebih kurang pukul 7.00..sampai di tempat letak kereta..adik jaga parking tu kata "hi cantik baju..akak yang duduk belakang ni lagi cantik…" emmm aku yg dok belakang ni wat dek je la..biasa la adik ni..dalam keta semua nya perempuan..apa lagi usha la tu konon…..bila dah dapat parking..kami pun ke bahagian depan stadium..punya la ramai orang macam ada perjumpaan semut aje gaya nya..ha ha ha ha…sebenarnya ini la pertama kali aku pergi tengok konsert AF atau pun apa apa konsert la…tak pernah pun aku pergi tengok konsert sebelum ni..

kami pun menuju ke kantin untuk mengalas perut….mak ooiii…ramai nya orang kat kantin..yang ada jual pada kadar segera dan cepat adalah burger dan kebab…itu pun panjang jgk beratur..aku dan sepupuku pun order la burger 2 ..tunggu punya tunggu lama sgt aku pun pegi gerai lain terus order kebab..nasib baik ada lagi..coz burger roti nya dah abis…so kami makan je la kebab untuk alas perut…lebih kurang pukul 8.20 kami pun tunggu di depan stadium..sepupu ku kata kita masuk aja la…tunggu kat dalam stadium..ok jugak tu daripada tunggu kat luar sesak ngan orang..

kami pun masuk la ke dalam stadium cari tempat duduk..tempat kami bertiga ni di tingkat 2 bahagian atas ..bersebelahan kami adalah tempat wartawan hiburan…ok la tempat ni boleh nampak semua lokasi pentas dari atas…duduk la tunggu sebelum on air live show..pastu baru pukul 8.45pm alamak aku dah rasa cam leguh la pulak dok kat kerusi ni…macam mane nak terus kan tunggu sampai pukul 1.00 pagi …emmm duduk je la situ…sementara krew astro memberi penenerangan sebelum show bermula..biasa la kena tepuk tangan klu die bagi isyarat..isyarat mercu/bunga api akan di keluarkan ..di minta jgn panik dan beri kerjasama…

akhir nya muncul la Aznil..dan show ke udara secara live nya…gamat jgk stadium ni di buat nya….penyokong2 semua boleh tahan fanatik nya…aku memang dah jangka kan Mila akan jadi juara..coz sebelum start masa sebut nama Mila satu stadium gamat dan bising..memang sah dia akan bergelar juara…

P1010172

sepanjang show tu ok la cuma yang aku nampak Mila aje yang meryerlah dalam 5 finalist tu…tahun ini juga merupakan musim terakhir buat Aznil sebagai pengacara AF…semasa di umumkan second place sekali gus tahu siapa juara nya…gamat dan riuh satu stadium..aku tengok wartawan sebelah pun siap bangun berdiri atas kerusi..boleh lagi joget2 atas kerusi ..punya la excited agak nya Mila bergelar juara…

P1010173 dalam pada aku tengah tengok konsert tu aku ada dapat berita yg teman rapat ku di masuk kan ke ICU..aku risau juga macam mane la keadaan nya agak nya..aku cuma boleh berdoa semoga tiada apa apa yang buruk berlaku…semoga dikurnia kan kesihatan yang baik hendak nya…konsert pun habis tepat pada pukul 1.00 pagi…setelah Mila menjadi juara memecahkan record sebelum nya yg di sandang oleh lelaki…kami pun balik dari stadium and singgah di kedai mamak untuk makan sebelum pulang ke rumah….sepupu ku bermalam di rumah ku …..

Next Page »