cuteduck75

Welcome …

‘Kelong’ Part 2

Filed under: Travel — cuteduck75 at 9:44 pm on Monday, May 28, 2007

ok kita sambung semula cerita di kelong…setelah sampai di atas kelong tu yang lelaki siap kan pancing dan umpan..aku dan member ku apa lagi…jalan keliling kelong nak tengok keadaan nya macam mane..kita orang pun cari la tandas yg di kata kan oleh ketua penganjur ni…jeng jeng jeng…alamak ni ke tandas nya? aku tengok member aku..dia pandang aku balik..emmmm jawapan nya..memang aku tak pergi tandas la untuk malam ini dan keesokan pagi…aku dan member ku rasa macam nak campak je ketua penganjur ni ke laut..bukan main lagi bercerita …tapi x de la kami campak betul ke laut..cuma geram je cerita ya ya je..ada di sedia kan tandas..sekali tengok..tandas tu memang ada pintu kecil tapi lubang pembuangan nya terus ke laut…emmmm elok sangat la tu…kite yg dok atas ni mancing ikan kat bawah tu…tah tah ikan tu dah makan segala sisa toksin buangan…apa lagi aku dan ikan pun tak pegi la ke tandas utk mlm itu dan keesokan pagi nya….

2332509716

bilik ada 4 atas kelong tu…tapi kecil je la..perempuan semua satu bilik…bilik berada di kawasan tengah2 kelong..jadi setelah semua pancing dan umpan siap ….mereka ni pun bersiap sedia la utk memancing..aku tengok mcm2 umpan diaorg ni bawa….sementara tu linebusy(bukan nama sebenar) dah siap kan pancing utk aku …tapi dia suruh aku pegang je…kalau aku nak pancing sendiri..die suruh pancing ngan si IKAN tu…emmm boleh la…aku pun tak tau sgt…so linebusy dan member2 yg lain ajar la macam mane nak baling pancing tu dan cara2 nya …aku pun cuba la …dan selepas itu tunggu le sampai kena umpan tu…cuba sekali ok lepas…cheh terror nampak..

Kelong_5 bila malam tiba…makanan pun sampai…ketua penganjur telah pun order nasi goreng ikan masin dan teh tarik bungkus untuk setiap seorang…so pada malam tu makanan telah di hantar ke kelong kami..jadi masing2 ambil la makanan yg disediakan…aku dan geng ku pun ambil makanan…emmm best jgk makan kat atas ni yek….pada waktu malam angin bertiup sepoi sepoi bahasa….hanya kedengaran bunyi ombak…sejuk la jgk bila tiba waktu malam…tapi kelong kami ni bising…ada la pulak orang tu siap bawa radio kecik lagi…emmm jawab nya memang ikan semua lari la…mana tak nya bising tol…

Kelong_6 tapi yang pasti..di atas tu ada line dan anta sms lepas tu….bak kata iklan celcom tu..ini wilayah Celcom…aku dan ikan suka mengelilingi kelong tu..tengok orang lain nyer pacing mana tau ada yg dapat ikan..tapi nampak gaya nya sorang pun tak dapat ikan lagi…ada pun waktu petang tadi dpt la ikan tapi sekali angkat anak ikan..kecik je..rasa nya ikan sardin dalam tin tu lagi besar….tengah la aku dok keliling kelong ni ada pulak 2,3 orang panggil aku ..dia tanya aku..macam mana boleh lepas ni pergi sini? haaaa….ooooo aku pun senyum je la……dalam hati ku berkata.."tanya sekali dapat pergi..jgn di tanya tuk kali kedua nanti tukar fikiran lak"…hihihihih…

macam-macam gelagat aku tengok rakan sepejabat ku ni…kalau di opis tak tegur serios je kat sini ok ..semua nya jadi ramah..haaa nak di jadi kan cerita ada la orang yg bertemu jodoh di kelong ni..

Kelong1 cerita nya rakan ku tengah dok memancing tapi mamat sebelah dia ni baling la pancing tapi macam tersangkut pada rambut dia tak silap aku..pastu yg mamat ni dah panik tolong la nak leraikan mata kail yg tersangkut tu..rakan ku memang dah panik..sejak kejadian di kelong tu la mereka berdua rapat setelah kembali ke pejabat..tapi kami semua tak tau depa dok bercinta rupa nya..tau tau dpt kad jemputan kahwin…

…malam menjelang pukul 12.00 mlm ikan masih tak dapat lagi…so untuk menghilang kan boring,ngatuk dan tension si tembam telah membuatkan kopi kaw utk kita org semua…

Kelong_3

menjelang pukul 3 pagi masih tak de ikan..aku dan ikan pun dah mengatuk..aku tengok linebusy ya ya je melayan pancing tu dgn harapan dapat ikan….pada pukul 4 pagi aku dan ikan pun masuk tido..tak boleh nak buka mata lagi…

3791176819 menjelang keesokan pagi nya ..kami bangun awal nak bersiap untuk pulang…bersih kan diri dan tukar pakaian…nasib la ketua ni bawa banyak air utk keperluan..ada la beberapa tong..cukup la untuk basuh muka..gosok gigi…menjelang pagi dalam pukul 8 pagi pun masih tak ada ikan yg di perolehi…ada la salah sorang tu kata " duit utk sewa kelong ni kalau beli ikan kat pasar dpt banyak tu" …aku nak tergelak pun ada..

Kelong_4

bagi aku tak kisah sgt walaupun geram jgk tak dapat ikan..aku cuma mahu nenimba pengalaman memancing di kelong..macam mana suasana nya…kenapa ada segelintir orang begitu minat pergi memancing…mungkin jugak satu kepuasan bila dah tunggu lama dgn sabar nya akhir nya dapat jugak ikan…tak heran la ada orang yg sanggup tunggu berhari-hari ..tanpa tahu erti jemu..mungkin jika dapat ikan ada suatu kepuasan yg di rasai..ia jugak menguji kesabaran diri untuk tetap bersabar dan menanti jika ingin perolehi tangkapan yg besar…walaupun aku ni tak tahu langsung pasal memancing ni..tapi pengalaman ku di kelong ini merupakan pengalaman yg manis..

4176463937_1