kelong part 1
emmmm di suatu petang …aku mengemas meja ku ….sekali terjumpe la gambar lama …nostalgia memancing di kelong…pada ketika itu aku masih berkerja di PJ sebelum berpindah ke KL..so di pejabat aku ada la rakan sepejabat ku yg menganjurkan pergi memancing di kelong…mula2 tu lelaki sahaja yang pergi tapi pada saat akhir perlawaan di buka untuk kaum wanita…pada mula nya memang aku tak nak pergi..malas la nak pergi lagi pun aku ni tak tahu langsung pasal memancing ni..jangan kata nak memancing..camne nak pegang kail tu pun aku mana tau…
tapi di sebabkan dua sahabat baik ku pergi..dan mereka memaksa ku untuk pergi ..aku pun bersetuju la..ialah la kan bila lagi aku nak pergi aktiviti macam ni..so aku pun bersetuju oleh pelawaan "ikan" & "linebusy" bukan nama sebenar..hihihihi nama gelaran..sampai skrg nama sahabat ku ini melekat di panggil IKAN…so aku pun kata la kat dia..kecian geng2 awak nanti kena tangkap..die pun biasa la bab menjawab memang kalah aku di buat nya..dia kata "tak pe itik kan ada" emmm itu aku la tu..tetiba nama itik tu melekat pada aku..dah diaorg ni panggil aku "ITIK"…cerita hanya kerna seorang ni panggil aku itik aku pun masa tu termenyahut pulak panggilan nya..lepas tu biasa la dah melekat gelaran tu..tapi cuma teman yg rapat dgn ku sahaja yang tahu …
so sebelum pergi tu macam macam la si penganjur aktiviti ni bercerita..perempuan semua jgn risau..ada di sediakan tandas…emmm ya ke ..mana la aku tahu..tak pernah pergi memancing di kelong…
so petang tu bertolak la kami semua ke kelong…tiba di jeti..kami menunggu bot yang akan menhantar kami ke kelong tu..cuak jugak aku bila tukang bawa bot tu kata 2 km dari darat kelong tu…mak aik..jauh nya..kalau lah roboh kelong tu macam mane? ..eeee suspen jgk aku..tapi ku turutkan jugak…kami pun naik la bot tu menuju ke kelong….masa dlm bot tu kecut jgk sebenarnya tapi wat dek je…
bila dah sampai kelong tu..aku rasa seronok pulak..masa tu waktu matahari nak terbenam..cantik nya permandangan..so yg perempuan biasa la kan ambil gambar …posing sana posing sini…
so bila sampai yang lelaki siap kan umpan dan pacing..aku ni tak tahu apa apa so tengok je la..bukan nya aku tau pun macam mane nak pasang..
