cuteduck75

Welcome …

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Filed under: Article / InFo — cuteduck75 at 2:13 am on Tuesday, May 29, 2007

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya

pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang

menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar

dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik

sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak

berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa

yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang

juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput

di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang

lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang

berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang

berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang

rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.

Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik

maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik

tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya

tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang

saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang

semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa

dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi

yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di

depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi

kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak

lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang

itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan

tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan

paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik

dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak

boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka

sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sakura001



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>