cuteduck75

Welcome …

12th June 2007

Filed under: AboUT Me..My SToRies... — cuteduck75 at 10:44 pm on Monday, June 11, 2007

Photo0174 Hari ini seperti hari hari yang berlalu dengan pantas nya…berserta rutin harian yang sama tiada apa yang baru….kadang kala ingin juga aku mengapai jauh dari rutin harian umpama roda berputar memainkan rakaman video sejarah hidup…kalau la aku boleh mengubah segala nya….yang pasti hidup ini,rutin ini di teruskan jua…..arrrgh….

Photo0172pada hari Sabtu  yang lepas aku telah ke Putra Jaya, ada kenduri kahwin. Kenduri nya bertempat di Persint 9G Putra Jaya. Aku pun bertolak dari rumah lebih kurang pukul 01.00 petang. Sampai saja di Masjid Putra Jaya..bandar kat sini macam bandar hantu je..sunyi sepi..yang ada cuma bangunan - bangunan jabatan kerajaan. Kereta tak berapa banyak dan penghuni nya pun aku tak nampak.

Tapi kalau pergi area Alamanda tu baru la ada ramai orang…aku pun pusing la cari rumah pengantin. Sebenarnya tersesat jgk mencari rumah nya..pusing-pusing tak jumpe Persint 9G…last - last berhenti kat Petronas tanya kat mamat bangla…cam tak confident je..tau ke mamat bangla ni area Putra Jaya…nasib baik la mamat bangla ni tunjuk jalan betul…

Photo0175Sampai la rumah pengantin yang di cari. Masa sampai tu pengantin baru saja nak berarak ke dewan…so sampai saja makan…. dan jumpe pengantin…selepas itu aku terus balik rumah kerna aku perlu bergegas pula ke KL . Nak hantar baju untuk di tempah dekat Medan Mara (hihihihi puasa pun belum lagi baju dah hantar dulu )…

Sampai rumah salin pakaian, aku pun offer la kat adik bongsu aku ni nak ikut tak pergi KL..maklum la hari tu merupakan hari terakhir dia berada di rumah..cuti sekolah pun dah habis..hari Ahad nanti balik la semula ke penjara dia tu ( hihihihi ..adik aku ni sekolah Asrama Penuh di Labu..) …dia pun teragak agak nak ikut ke tak..last2 dia ikut jugak…aku kata ok la lepas hantar baju ku ke Medan Mara..kita pergi ke One Utama ..boleh la pergi ronda2 mall situ jadi polis ronda ….

Photo0176 Adik ku yg bongsu ni tahun ni tingkatan 5, kalau ikutkan umur dia baru berusia 16 tahun…sebenarnya pada peperiksaan penilaian darjah 5 dia di tawarkan terus ke

Sekolah Asrama Penuh, Di Labu Seremban. Jadi kira nya die lompat satu tahun tak

perlu naik darjah 6 terus naik Tingkatan 1. hihihi tu la aku selalu menyakat dia ni lepas

habis SPM nak keje partime pun tak lepas ni..tak cukup umur lagi…kuang kuang kuang…

Sampai di One Utama cuba la nasib tengok kot kot ada ticket lagi boleh tengok show petang…emm tapi tak ada show petang semua seat depan..so tak jadi la tengok…aku pun bawa la dia pusing2 situ..habis beli barang kami pun balik ke rumah…

balik rumah dah ada orang buat order la pulak nak makan apa untuk malam itu…jadi malam itu aku pun masak ala kadar …untuk aku dan adik adik ku saja…mak dan ayah ku tiada di rumah pergi jemputan kahwin….so kami berempat sahaja la ada di rumah..

Photo0171



1 Comment »

20

   FaZz

June 12, 2007 @ 9:39 am

Assalamualaikum,
Tumpang lalu….

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>