Preview Of Waris Jari Hantu
Friday 1st June 2007 …Waris Jari Hantu Malam Gala…..pada hari Jumaat yang lepas aku telah mendapat tiket untuk menyaksikan Waris Jari Hantu Malam Gala Bersama Celcom….tiket ni sebenarnya ada lah show khas untuk wartawan serta Artis. Dan selebihnya diberikan pada pelanggan.
Malam tu ramai jugak la artis yang datang untuk memberi sokongan pada industri filem melayu
kita ni. Aturcara seperti di bawah :
07.30 pm - guest registration
08.00 pm - cocktail & live performances
09.00 pm - Screening Begins
Untuk tayangan khas ini telah diadakan di :
Venue : Cathay Cineplex Damansara, Cineleisure Damansara.
Date : Friday, 1st June 2007
Time : 9.00 pm
Hall : 4
Aku sampai di The Curve tepat pukul 08.15 pm, so aku pun terus pergi cari tempat tayangan nya berada di mana. Sampai di situ aku tengok ramai la member2 aku yang pergi jugak rupa nya… so setelah tahu di mana tempat nya aku pun pergi makan dulu. Lebih kurang pukul 08.45 pm aku pun naik ke atas semula. Semasa aku sampai tu artis semua dah sampai. Upacara perasmian pun berlangsung dimana artis Waris Jari Hantu di perkenalkan, antara artis yang naik ke pentas adalah Maya Karin, Rusdi Ramlee, Jit Murad dan Rashid Salleh.
Setelah di perkenal kan Suhaimi Baba memberi sepatah dua kata. Aku yang berada di belakang ni tak nampak sangat apa yang berlaku di atas pentas. Sekadar nampak gitu je la. Setelah semua nya berakhir Faizal ( One In A Million ) di jemput untuk menyanyi kan lagu tema Waris Jari Hantu iaitu "Kasih Tercipta". Macam muka Annuar Zain la pulak Faizal ni, mungkin sebab rambut dia sama panjang dengan Annuar Zain.
Aku cuma dapat ambil gambar Faizal dari jauh saja, maklum la orang ramai kerumun depan pentas tu aku pulak berada di belakang. Sementara Faizal menyanyi aku sempat la mengambil gambar bersama artis yang hadir pada malam itu. Antara nya Sofea Jane, Ida Nerina, cikgu Fatimah AF pun ada, Sharifah Shahira, Ajoy. hihihihi bila lagi kan dah ada sebelah aku ni, so aku pun ambil je lah gambar bersama artis2 ni.
Me and Sofea Jane
Bila persembahan dah habis, semua jadirin di jemput ke pawagam untuk menyaksi kan Waris Jari Hantu. Aku tengok ramai jugak wartawan yang hadir untuk menemu ramah Suhaimi Baba. Aku pun beri laluan dulu untuk orang ramai masuk ke panggung, maklum la ramai tak pe la aku tunggu sekejap. Bila aku sampai di depan pentas aku nampak Faizal tengah berborak di bawah.
Me And Cikgu Fatimah AF
Apa lagi ini la peluang aku untuk bergambar dia nya. Aku pun panggil la Faizal tapi suara aku ni…macam semut je..perlahan..dia tak dengar kot..aku rasa semut pun tak dengar suara aku ni..so aku pun cuba la lambai tangan nak panggil lagipun aku segan nak panggil Faizal cam aku jerit2 sorang-sorang je..waaaaaa…macam mana ni..kedudukan aku pun bukan nya jauh dari tempat Faizal sedang berdiri….tapi selepas itu nasib baik la ada seorang mamat belakang aku ni….dengan suara lantang nya memanggil Faizal…. "Faizal, i think there’s someone wants to take photo with you"…yeeeeaaaah…aku pun apa lagi terus naik atas pentas ambil gambar dengan Faizal.
Me And Faizal (OIM)
Dapat jugak aku bergambar dengan Faizal. Hihihihi Trima Kasih pada mamat macho yang tolong panggil kan Faizal tu, lepas aku turun pentas aku tengok giliran orang lain pulak ambil gambar ngan Faizal.So lepas aku dah bergambar tu aku pun masuk la ke dalam panggung untuk menyaksikan filem Waris Jari Hantu. Tempat aku di khas kan barisan belakang sekali. Manakala baris depan adalah untuk para wartawan. Ramai jugak wartawan dalam panggung yg aku tengok ni. Semua sekali ada 1-4 panggung yang di khas kan untuk tayangan unggul ini.
Me And Ida Nerina
Over all ok lah filem ini..aku suka tengok teknik khas yang di gunakan dalam filem untuk shot Harimau tu..ia adalah suatu pembaharuan untuk industri filem melayu…di bawah ni summary of the filem ..
Tina dan Ari berkawan baik, dan bersaudara dengan Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka Tina,
yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Tok Wan dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya.
Ari sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran ‘Mat Kepit’, atau ‘Mat Patah’. Walaupun begitu, Tina setia berada di sisi Ari, malah menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ari, dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti. Ari memendam rasa luka yang mendalam disebabkan ejekan-ejekan itu, lantas menyembunyikan dirinya untuk melupakan realiti yang pahit melalui persahabatannya dengan Tina.
Walaupun dihalang keras oleh keluarga, ternyata Tina pilihan Tok Wan untuk menjadi pewaris saka. Sehinggalah Ari yang sayangkan Tina menawarkan dirinya menjadi pengganti…
K A S I H T E R C I P T A - Lagu Tema.. Waris Jari hantu
KASIH HILANG TIADA BICARA
SETELAH CINTAKU KAU PUJA
RINTIHAN RINDU TERUS MELANDA
REDUP CAHAYA OO HATI LARA
BISIKLAH KIRANYA AKU BERSALAH
SEDETIK TERSIRAT RASA
KAU CIPTA KASIH YANG KUMILIKI
CINTA KU JUJUR SELAMA INI…OOOO…
* CARILAH AKU DALAM HATIMU
SAYANG SEBUTLAH KAU RINDU OOOO
HANYA… PINTAKU
KASIHMU KEKAL SETIA
USAH BIARKU OOO TERUS TERLUKA
MESRA SUARAMU… KINI BERBEZA
GAGAL SEMBUNYI SEDIH
KENANGAN LALU MENUSUK JIWA
MANIS SEINDAH BERGANTI PEDIH
OOO… KASIH TERCIPTA…
OOO… CARILAH KU SAYANG…
* CARILAH AKU DALAM HATIMU
SAYANG SEBUTLAH KAU RINDU OOOO
HANYA… PINTAKU
KASIHMU KEKAL SETIA
USAH BIARKU OOO TERUS TERLUKA
PABILA BERSAMA MU, DEBARAN
DARAH ARUS MENGALIR, CINTA,
LAHIR SELAMANYA
BERILAH… KUCUPAN SAYANG
BIAR TERULIR WAJAH… KASIH TERCIPTA…
BERILAH… KUCUPAN SAYANG
BIAR TERULIR WAJAH… KASIH TERCIPTA…
OOO…KASIH TERCIPTA…
KINI KU MENGERTI
WALAU BERBISA…
KU RELA KIRANYA KAU BAHGIA…
AAAA….





