cuteduck75

Welcome …

Bowling Tournament..

Filed under: AboUT Me..My SToRies... — cuteduck75 at 12:42 am on Friday, August 10, 2007

Hi There back to upgrading my blog..

pada Hari Ahad, 5 August 2007, telah berlangsung Bowling Tournament yang di anjurkan oleh Sport Club di pejabatku. Pasukan terbahagi kepada dua iaitu pasukan lelaki dan wanita. Untuk pasukan lelaki perlawanan bermula dari 09.00 am - 12.30pm sementara pasukan wanita pula pada pukul 12.30pm - 03.30pm.

Perlawanan telah diadakan di AMPANG SUPERBOWL, BERJAYA TIMES SQUARE SHOPPING CENTRE. pendaftaran untuk pasukan perempuan pada pukul 12.10 pm. Jadi aku sampai di situ lebih kurang 11.30 am, aku adalah orang kedua yang sampai untuk pasukan ku. Ada lagi 2 orang belum sampai lagi. Harap2 datang la jangan tak datang langsung udah la. Sementara tunggu perlawanan bermula aku pun jln2 la tengok pasukan lelaki main bowling. Cheh terror la pulak..team kita orang ni jaguh masuk lonkang je….jln punya jln terserempak dengan Kak L. aku pun apa lagi terus la lari dan sergah Kak L…lama nya tak jumpe sejak VSS tak pernah jumpe pun..punya la seronok dapat jumpe..kebetulan adek Kak L memang AJK sport club so dia datang la tengok…aku pun tak berhenti tanya itu ini…banyak la pulak soalan aku tanya..excited dapat jumpe setelah lama tak jumpe..aku memang rapat dengan Kak L ni suka duka di kongsi bersama…borak punya borak lupa lak nak kena register untuk perlawanan so aku pun proceed ke kaunter untuk register…

Dsc_0163 setelah register kami pun berkumpul satu team…tunggu team lelaki habis perlawanan…ramai jugak jumpe member2 lama yg memang dah lama aku tak jumpe..ada tu aku tengah jln dia terus sapa aku..oh ada jugak ke kat sini…member lama jugak ni…..seronok jgk dapat jumpe balik member2 lama…

so dalam pukul 01.00 pm perlawanan untuk pasukan perempuan bermula..pasukan lelaki delay la pulak habis nya…so team perempuan start lambat. Ambil kasut dan warm up session . balingan perbuka game…hihihihi baling jangan tak baling….aku ni kalau main bowling bola memang ler slow habis …..bola tu jln slow je macam kena hembus baru jln…tapi strike le jgk …tu yg nak tergelak tu…bukan nya terror main pun..saja masuk …..control ayu main…

team member aku ni asal aku nak baling je diaorg tersengih2…emmm tau ler diaorg ni tersengih tgk aku baling bola..pastu bola tu jln slow je..setiap team main 3 game…game pertama ok warm up..game kedua bersemangat aku lagi ..masuk game ketiga masing2 macam dah malas je nak baling..game habis lebih kurang dalam pukul 04.00 rasa nya…lepas game pergi makan dan balik…

Ca8fi525