cuteduck75

Welcome …

Summerset Resort,Endau Rompin Day 2

Filed under: Travel — cuteduck75 at 11:04 pm on Monday, September 3, 2007

Hari kedua berada di Summerset Resort,pagi sarapan di café. Selepas sarapan aku pun register untuk aktiviti pada yang sediakan oleh resort.

Picture_118

Pagi ini aku akan memula kan aktiviti BUGGY RIDE, macam bawa kereta auto Cuma tak de bumbung.Tapi stereng kereta ini boleh tahan berat nya bukan power stereng.Agak sukar untuk aku mengawal stereng ni maklum la kena pusing dengan separuh tenaga baru stereng nya bergerak mengikut haluan…lagi pun aku tak pernah bawa kereta…tak ada lesen pun..tapi kira ok la aku confident bila bawa BUGGY RIDE ini.

Picture_124

So aku drive BUGGY RIDE ini dan mengikut brother yang menunjukan jalan. Kira nya aku follow je mana brother ini bawa. First sekali dia bawa aku ke Tasik, laluan masih on the road.

Picture_125

Dia bawa aku ke tasik di mana spesis itik yg hampir pupus tapi pihak resort telah memelihara spesis ini supaya itik-itik ini tidak lari dan pupus. Pada mula spesis itik ini ada Cuma 4 ekor sahaja, setelah di pelihara habitat nya itik-itik ini telah bertambah menjadi 200 ekor.

Picture_228

Apa yang menarik nya mengenai itik ini adalah boleh terbang macam burung. Semasa aku sampai di tasik itu dapatlah aku tengok itik tu berenang2 di tasik dan terus terbang macam burung..kiranya aku bernasib baik dapat tgk kerna itik ini hanya dpt di lihat pada waktu pagi dan petang sahaja.

Picture_249

Seterus nya aku di bawa ke menyusuri jalan off road…bermula la perjalanan melalui semak belukar dan seterus nya jalan pasir pantai. Masuk je jalan off road apa lagi kiri kanan semak samun. Dan banyak jugak aku lalu jln berlubang dan berlopak aku hentam je bawa main redah je kira nya kasut aku kotor la jgk kena tanah yg becak tu coz mlm tadi hujan jln pun berlubang ada air bertakung.

Picture_137

Emmm aku tak sempat elak main redah je lubang abis BUGGY RIDE tu masuk air.hihihi first time bawa tak tahu nak control stereng ketat dan berat lak tu, Setakat pusing sikit tak mahu ikut stereng ni, kena pusing habis baru ikut track.

Picture_192

Seterus nya aku di bawa menyusuri jalan berpasir pulak, pasir pantai lak tu. Jalan berliku liku naik turun aku main hentam je redah, ada jugak tersangkut tak leh jalan coz jln berpasir apa lagi tekan minyak habis aku tengok brother tu dah jauh lepas ke depan kiranya kereta aku ni jauh la jugak nak ikut brother tu. Disepanjang jalan menyusuri tepi pantai ini ada terdapat kem tentera di sini.Dari jalan belukar dan berpasir, keluar balik ke jalan on the road menyusuri pulak kawasan chalet2 , memang luas dan besar resort ini.Dan akhirnya sampai lah ke tempat asal BUGGY RIDE ini dan aku pun parking la kat tempat letak kereta ini.

Picture_155

Setelah habis aktiviti buggy ride, aku pergi jungle tracking pulak. Tapi tak ikut aktiviti yang di aturkan oleh resort, aku pergi sendiri je. So jalan la ikut track yg telah di sediakan..jalan punya jalan tak sedar berjalan punya la jauh sampai jumpe tasik. aku pun duduk la berehat kat tepi tasik tu. penat woooo dah la jam menunjukan pukul 12.00 tengahari..panas giler….matahari tengah naik…emmmm…setelah berehat rasa malas nya nak berjalan patah balik ke resort. terasa jauh nya nak berjalan balik…aku pun konon2 nak cari jln short cut tapi termasuk kawasan kem askar lak…aduh….apa lagi bila lalu tepi pagar diaorg ni bising je semua..macam tak pernah nampak orang lalu..aku pun patah balik la tak jadi ikut jalan tu ….berjalan dengan kadar perlahan balik ke hotel….

Picture_202

hihihihi punya la panas sampai aku junjung beg galas aku,wa tak larat  panas giler….ni ada gambar aku tengah junjung beg..hihihihi sampai je resort dah masuk waktu makan tengahari..aku pun apa lagi order ABC le tadi dah berjalan jauh..panas lak tu…setelah makan tengahari aku kembali ke bilik berehat..petang nanti aku akan mengikuti aktiviti berkayak pula…

Picture_204

Picture_157

setelah berehat di bilik, aku pun nak meneruskan aktiviti berkayak pula, tapi petang tu hujan turun dengan lebat nya. So tak jadi la aku berkayak nampak…emmm frust le jugak ….so tukar program akhir nya aku ke aromatherapy spa saja pada petang itu..

Picture_087

Summerset Resort, Endau Rompin Day 1

Filed under: Travel — cuteduck75 at 2:48 am on Monday, September 3, 2007

Map_summerset

Pada hari Ahad 19th August 2007, aku telah pergi bercuti ke Summerset Resort, Di Endau Rompin. Aku bertolak dari Rawang lebih kurang pukul 10.00 pagi. Setelah sampai di KL, pada pagi Ahad pulak tu jalan jem la pulak.

Picture_030 Emmm hari Ahad pagi pun jem jugak KL ni. Rupanya DBKL buat operasi memotong dahan pokok, patut la jalan jem, rupanya tengah-tengah jalan DBKL ni tengah buat operasi memotong dahan pokok pulak. Aku pun meneruskan perjalanan dan menyusur terus ke highway.

Picture_047

First time aku pergi ke Endau Rompin ini, sebelum ni memang tak pernah pergi pun. So perjalanan ku berdasarkan peta yang telah di berikan oleh resort tu semasa aku menempah untuk bermalam di Resort ini. Nasib la peta ni senang je so tak de la sesat sepanjang perjalanan ke sana. Sepanjang perjalanan memang boring betul maklum la ikut jalan lama bukan nya highway. Kiri kanan yang ada cuma pokok kelapa sawit.

Picture_056 Aku tiba di Summerset Resort lebih kurang pukul 3.00 petang. Sampai sahaja di Resort, aku tertarik melihat lokasi chalet yg berada di kawasan hutan simpan dan di kelilingi dgn rimbunan pohon serta tasik yg indah.

Kira nya resort ini berkonsep kan back to nature la lebih kurang dan bilik nya semua menghadap ke Pantai.Setelah Check-in and simpan beg di bilik, lensa ku sempat merakam ruang bilik tidor. Selesai simpan beg aku terus keluar pergi makan.

Picture_122

Since dah pukul 3.30ptg buffet pun dah habis, aku mengambil keputusan untuk makan di bandar Rompin saja. Lebih kurang dalam 30 minit utk ke Bandar Rompin, jln2 cari makan kebyk kan kedai makan tutup mungkin hari Ahad agak nya. Nasib baik la ada Kedai KFC, so makan KFC je la.

Picture_209

Setelah sampai di hotel, aku mengambil kamera ku dan jalan melihat keadaan sekeliling hotel. Setiap sudut tidak lepas dari rakaman lensa ku. Sewaktu aku sampai di resort ini memang ramai yg baru check in ada 3 rombongan bas aku tengok.

Picture_075

Picture_076 Meriah betul resort ni, jln punya jln ada la aku ternampak satu pokok ni, buah nya first time aku tengok, warna hijau, bila masak buah nya warna oren kot.

Tak pernah jumpe tak tahu la buah apa tah. Aktiviti petang itu aku banyak berjln di pantai dan mengambil gambar sahaja. Keesokan hari nya baru la aku akan mengikuti aktiviti yg ada di resort ini.

Picture_077 Picture_261
buah pelik yg ku jumpe

ini warna merah ni dah masak la kot…