cuteduck75

Welcome …

Selamat Berpuasa

Filed under: Article / InFo — cuteduck75 at 11:03 pm on Tuesday, September 4, 2007

Assalamualaikum…

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Selamat Berpuasa.

KEJUJURAN TIDAK PERLU DIUNGKAP……
Biarlah kita menjadi diri sendiri yang punyai realiti setiap perjalanan jiwa yang hakiki

Bersyukur dengan apa yang ada..

Summerset Resort, Endau Rompin Day 3

Filed under: Travel — cuteduck75 at 10:40 pm on Tuesday, September 4, 2007

Img_0566 Seperti biasa hari ini adalah hari terakhir aku di resort ini. Aku breakfast awal hari ini,kerna pada pagi ini aku nak drive Buggy Ride again. rasa best la pulak bawa buggy ride ni. Selepas breakfast aku pun pergi la daftar untuk Buggy Ride untuk pagi itu.

Picture_231

Pagi ni brother tu bawa aku pergi tengok pokok periuk kera. Jarang sekali kite dapat lihat pokok ni tumbuh di kawasan rendah seperti Endau Rompin tapi tak tahu la macam mana pokok ni boleh tumbuh si di sini.

Picture_230

Periuk kera ni kecil je, brother tu kata kalau nak awet muda minum la air dari periuk kera ni, lagi pun dlm tu air embun. oh ok…tapi aku tak ler minum tak mahu la…macam tak confident je…tapi brother tu dgn selamba je minum..dia kata dalam ni mungkin ada semut so tuang kat tapak tangan buang semut tu lepas tu minum la air nya..die pun minum ler dari periuk kera tu ….aku tengok je ….tak ler aku minum ..hihihihi..lepas tu dia bawa la aku sekitar kawasan hutan tu..

Picture_232

selepas Buggy ride tamat aku pun pergi kawasan sekitar pantai apa lagi ambil gambar la…lensa ku merakam kawasan sekitar pantai…balik bilik aku menyalin pakaian since dah last day aku pun pergi la swimming kat pool.

Picture_079 lebih kurang pukul 1.00 tghari aku check out dari resort and meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Picture_296