cuteduck75

Welcome …

Keutamaan Bersahur..

Filed under: Article / InFo — cuteduck75 at 1:26 am on Friday, September 14, 2007

Alhamdu li ‘Llah, segala pujian bagi Allah Ta’ala yang telah memfardhukan kepada kita ibadah puasa di bulan Ramadhan. Kerana melalui ibadah puasa di bulan Ramadhan umat Islam mendapat peluang untuk meningkatkan keimana dan ketaqwaan serta mendapat perbagai anugerah dan kelebihan yang amat bernilai.

Antara amalan khusus yang ditekankan oleh Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa salam) yang berkaitan dengan ibadah puasa ialah sahur. Sahur merupakan suatu sunnah yang khusus untuk umat Muhammad (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam) yang membezakan puasa umat terdahulu dengan umatnya.

Pada awalnya umat-umat para anbiya’ yang dahulu juga berpuasa seperti kita. Meraka dikehendaki meninggalkan makan dan minum serta berjima’ di siang hari.  Apabila tiba waktu terbenamnya matahari (Maghrib) maka mereka akan berbuka, apabila mereka tidur maka bermulalah puasa mereka. Maksudnya puasa  umat dahulu   bermula dari waktu mereka tidur, jika mereka tidur umpamanya jam sepulu malam maka mulai waktu itu mereka tidak dibenarkan lagi makan, minum dan berjima’.

2096224573

Peraturan ini telah dimansukhkan (dibatalkan) kepada umat  Muhammad (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam). Mereka diberi suatu anugerah istimewa iaitu bersahur di waktu malam walaupun selepas mereka tidur, dan mereka boleh terus makan, minum dam berjima’ pada malam hari sehingga terbit fajar.

Allah Ta’ala berfirman:

“Dihalalkan kepada kamu di malam hari bulan puasa berjima’ dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak mampu mengawal nafsu kamu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi kemaafan kepada kamu. Maka sekarang berjima’lah dengan meraka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kamu, dan makan minumlah sehingga terang bagi kamu benang putih dan benang hitam iaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai datang malam.”  (Al-Baqarah 187)

Sewajarnya sebagai umat Muhammad (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam) kita benar-benar bersyukur kepada Allah Ta’ala terhadap kelonggaran  dan kemudahan yang telah diberikan kepada kita, iaitu dibenarkan kita bersahur di malam hari bulan Ramadhan. Baginda Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa salam)  amat mengambil berat mengenai amalan bersahur oleh kerana itu terdapat banyak hadith-hadith sohih yang diriwayatkan dari Baginda berhubung perintah bersahur dan kelebihannya, antaranya adalah seperti berikut:

“Perbezaan  antara puasa kita dengan puasanya ahli kitab adalah makan  sahur” [ Riwayat Imam Muslim ]

" Keberkatan itu ada pada tiga perkara : Al-Jama’ah, Ats-Tsarid dan  makan Sahur" 

(Riwayat Imam Tobrani  dan  Abu Nu’aim)


“Sesungguhnya Allah menjadikan keberkatan pada makan sahur”                 (Riwayat Imam As-Syirazy dan Al-Khatib)

Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu
‘alayhi wa sallam) : Aku masuk menemui Rasulu ‘Llah salla ‘Llahu
‘alayhi wa sallam ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda.

”Sesungguhnya makan sahur adalah keberkatan yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan’

[Riwayat Imam Nasa'i dan Ahmad]

“Marilah menuju makan pagi yang diberkahi, yakni sahur”

[Riwayat Imam Nasa'i dan Ahmad]

Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya meneguk setengah air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang sahur" 

(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Syaibah)

Berdasarkan hadith-hadith di atas, jelaslah kepada kita kepentingan dan kelebihan bersahur. Oleh yang demikian janganlah sekali-kali kita meremehkan atau mengabaikan sahur.  Sebaik-baik sahur adalah pada akhir malam, iaitu apabila hampir fajar, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas (radhiya ‘Llahu ‘anhu) dari Zaid bin Thabit radhiya ‘Llahu ‘anhu)

"Kami makan sahur bersama Rasulu ‘Llah (salla ‘Llahu ‘alayhi wa sallam kemudian  baginda solat Subuh"  Aku bertanya (Anas), "Berapa lama jarak antara azan Subuh dan  sahur?" Zaid menjawab, "kira-kira 50 ayat membaca Al-Qur’an" (riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

28811691



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>