Summerset Resort, Endau Rompin Day 1
Pada hari Ahad 19th August 2007, aku telah pergi bercuti ke Summerset Resort, Di Endau Rompin. Aku bertolak dari Rawang lebih kurang pukul 10.00 pagi. Setelah sampai di KL, pada pagi Ahad pulak tu jalan jem la pulak.
Emmm hari Ahad pagi pun jem jugak KL ni. Rupanya DBKL buat operasi memotong dahan pokok, patut la jalan jem, rupanya tengah-tengah jalan DBKL ni tengah buat operasi memotong dahan pokok pulak. Aku pun meneruskan perjalanan dan menyusur terus ke highway.
First time aku pergi ke Endau Rompin ini, sebelum ni memang tak pernah pergi pun. So perjalanan ku berdasarkan peta yang telah di berikan oleh resort tu semasa aku menempah untuk bermalam di Resort ini. Nasib la peta ni senang je so tak de la sesat sepanjang perjalanan ke sana. Sepanjang perjalanan memang boring betul maklum la ikut jalan lama bukan nya highway. Kiri kanan yang ada cuma pokok kelapa sawit.
Aku tiba di Summerset Resort lebih kurang pukul 3.00 petang. Sampai sahaja di Resort, aku tertarik melihat lokasi chalet yg berada di kawasan hutan simpan dan di kelilingi dgn rimbunan pohon serta tasik yg indah.
Kira nya resort ini berkonsep kan back to nature la lebih kurang dan bilik nya semua menghadap ke Pantai.Setelah Check-in and simpan beg di bilik, lensa ku sempat merakam ruang bilik tidor. Selesai simpan beg aku terus keluar pergi makan.
Since dah pukul 3.30ptg buffet pun dah habis, aku mengambil keputusan untuk makan di bandar Rompin saja. Lebih kurang dalam 30 minit utk ke Bandar Rompin, jln2 cari makan kebyk kan kedai makan tutup mungkin hari Ahad agak nya. Nasib baik la ada Kedai KFC, so makan KFC je la.
Setelah sampai di hotel, aku mengambil kamera ku dan jalan melihat keadaan sekeliling hotel. Setiap sudut tidak lepas dari rakaman lensa ku. Sewaktu aku sampai di resort ini memang ramai yg baru check in ada 3 rombongan bas aku tengok.
Meriah betul resort ni, jln punya jln ada la aku ternampak satu pokok ni, buah nya first time aku tengok, warna hijau, bila masak buah nya warna oren kot.
Tak pernah jumpe tak tahu la buah apa tah. Aktiviti petang itu aku banyak berjln di pantai dan mengambil gambar sahaja. Keesokan hari nya baru la aku akan mengikuti aktiviti yg ada di resort ini.
ini warna merah ni dah masak la kot…






